Sunday, April 12, 2009

PINDAH KE BLOG BARU

OLEH KERANA TIADA SEBARANG KOMEN,SAYA TELAH BERPINDAH KE BLOG YANG LAIN.BLOG INI AKAN DITERUSKAN JIKA ADA YANG BERMINAT.SAYA TELAH BERPINDAH KE BLOG http://awanlarat.com/panduandapur

Tuesday, March 3, 2009

REKABENTUK DAN PENGGUNAAN BAHAN KABINET DAPUR

Terdapat pelbagai jenis bahan dalam pembuatan kabinet dapur.Bahan utama yang digunakan dalam proses pembuatan badan kabinet dapur adalah plywood nyatuh,plywood semangkuk,plywood senply,plywood polyster dan maica.Bahan yang biasa digunakan sebagai pintu kabinet dapur seperti plywood,solid nyatuh,solid semangkuk,solid pain,solid beech,solid oak,solid senply,solid melamin ABS,Solid membrane press dan maica.Bahan untuk table top kabinet dapur biasanya maica top,tile,solid surface dan batu granit.

Terdapat pelbagai jenis rekabentuk pintu kabinet seperti rekabentuk moden,rekabentuk ringkas,rekabentuk pintu berukir,penggunaan cermin berukir,penggunaan cermin berukir,pintu aluminium dan pintu plastik.

Anda tentu keliru memilih rekabentuk anda sekiranya pilihan terlalu banyak.Cuma sebagai panduan yang boleh saya berikan pada anda ialah memisahkan rekabentuk dan penggunaan bahan kepada 2 jenis pilihan iaitu Rekabentuk Moden atau Rekabentuk Tradisi.Ini akan memudahkan perekabentuk mencadangkan penggunaan bahan dan kemasan bagi pilihan rekabentuk kabinet dapur anda.

Harga kabinet dapur adalah bergantung pada penggunaan bahan-bahan tersebut.Sudah pasti anda inginkan penerangan dan pandangan dari seseorang yang mahir dalam rekabentuk dan penggunan bahan-bahan tersebut bagi mendapatkan rekabentuk kabinet dapur impian anda dan mengikut kemampuan kewangan anda.Bagi anda apakah rekabentuk yang anda idamkan untuk kabinet dapur anda?

Thursday, February 26, 2009

KHIDMAT PEREKABENTUK PENTING

Rekabentuk sesuatu kabinet dapur biasanya direkabentuk berdasarkan ruang dapur tersebut.Kedudukan tingkap biasanya mempengaruhi keluasan kabinet dapur.kedudukan dapur juga penting supaya kabinet dapur bahagian atas dan bawah seimbang dan menghasilkan rupa rekabentuk yang cantik kerana saiz pintu tidak terlalu besar atau terlalu kecil.Seeloknya gunakan khidmat perekabentuk kabinet dapur sebelum kedudukan dapur ditentukan.ini kerana perekabentuk akan memberi cadangan dimana dapur perlu diletakkan supaya kabinet dapur di bahagian atas menjadi cantik.

Bagi kabinet dapur bawah yang menggunakan kemasan tile atau granit,Tukang akan menyediakan lubang untuk dapur mengikut tempat yang dikehendaki oleh tuan rumah.Seeloknya dapatkan khidmat tukang kabinet dapur untuk menentukan jarak saiz yang sesuai bagi tempat yang hendak di buat dapur.jangan terlalu berjimat jika anda inginkan kepuasan bagi mendapatkan rekabentuk yang sesuai dan cantik.Tukang kabinet dapur akan menandakan kawasan yang perlu di tebuk bagi pemasangan dapur.

Terpulang pada anda samada mahu khidmat syarikat perabot untuk menyelesaikan kerja-kerja pemasangan tile atau mencari tukang sendiri untuk pemasangan tile.Yang penting khidmat tukang kabinet dapur diperlukan sebelum kerja-kerja pembuatan kabinet bawah dan pemasangan tile supaya kabinet dapur anda nanti menjadi cantik.

Ketebalan yang di syorkan adalah 3 hingga 4 inci bagi table top simen yang menggunakan kemasan tile atau granit.Perbezaan permukaan atas dan lantai seeloknya 2 inci.Jarak kedalaman lantai jangan kurang dari 22inci supaya penggunaan aksesori dapat digunakan.Adakah anda berani mengeluarkan kos untuk menggunakan khidmat perekabentuk?

Monday, February 23, 2009

PERTANYAAN MAKLUMAT DAN NASIHAT TENTANG KABINET DAPUR DAN AKSESORI

Anda boleh bertanya tentang sebarang kemusykilan tentang rekabentuk, pelan, kabinet dapur dan penggunaan aksesori.Saya akan menjawab berdasarkan kemahiran dan pengalaman saya supaya anda dapat memilih dan membuat kabinet dapur rumah anda mengikut citarasa dan kemampuan anda.Jika anda inginkan rekabentuk yang lain dari kebiasaan yang anda tengok di rumah kawan-kawan anda,saya boleh mencadangkan satu rekabentuk baru yang bercirikan ukiran awan larat.Awan larat ialah satu bentuk ukiran melayu yang akan diminati sedikit masa nanti.Ia adalah rekabentuk saya sendiri.

Sunday, February 22, 2009

GAMBAR PELAN REKABENTUK KABINET DAPUR KERING & AKSESORI


Biasanya ruangan kabinet dapur kering jarang mempunyai dapur untuk memasak dan penyedut asap tetapi ai boleh juga di letakkan untuk kemudahan dan kegunaan tuan rumah.aksesori kabinet dapur juga tidak banyak seperti ruangan kabinet dapur basah.Contoh gambar perspektif lukisan kabinet dapur kering diatas di rekabentuk mengikut saiz ruangan sebenar.

Saturday, February 21, 2009

GAMBAR PELAN REKABUNTUK KABINET DAPUR BASAH & AKSESORI


Rungan kabinet dapur basah biasanya memerlukan dapur untuk memasak,penyedut asap,peti sejuk dan juga aksesori kabinet dapur yang lebih banyak daripada ruangan kabinet dapur kering.Lukisan perspektif kabinet dapur basah diatas adalah direkabentuk berdasarkan ruangan sebenar sebuah rumah.

Friday, February 20, 2009

REKABENTUK KABINET DAPUR YANG BAIK BERDASARKAN PENGALAMAN

Merekabentuk kabinet dapur memerlukan kemahiran melukis yang boleh didapati melalui kursus-kursus dari ipta atau ipts atau sebagainya,tetapi membuat rekabentuk kabinet dapur yang baik memerlukan pengalaman bekerja.Ini kerana kebiasaannya pelukis pelan yang tidak berpengalaman tidak dapat melukis pelan mengikut kesesuaian peralatan dan teknik membuat kabinet dapur oleh tukang kabinet dapur.Kadangkala lukisan pelan akan diubahsuai semula oleh tukang kabinet dapur kerana kebanyakan pelukis pelan tidak memahami kaedah pembuatan kabinet dapur.T
Publish Post
ukang kabinet dapur lebih berpengalaman membuat kabinet dapur dan mengindahkan lagi rekabentuk kabinet dapur tersebut cuma mereka tidak pandai menyampaikan melalui pelan sebab tiada kemahiran melukis. pelanggan pula inginkan rekabentuk yang telah dipersetujui semasa melihat pelan.Kehendak-kehendak pelanggan tidak dapat disampaikan dengan jelas.Oleh kerana itu anda memerlukan seorang pelukis pelan kabinet dapur yang juga mahir dalam pembuatan dan penggunaan aksesori kabinet dapur.ini kerana setiap aksesori mempunyai saiz yang telah ditetapkan.Sebarang penggunaan aksesori secara langsung akan mengubah rekabentuk kabinet dapur.Disini anda akan mula mendapat maklumat berkenaan kabinet dapur oleh seorang yang berpengalaman dalam lukisan perspektif kabinet dapur dan juga berkemahiran dalam pembuatan pelbagai jenis kabinet dapur.